Sila Basuh Bantal Anda!


H. | 06-04-2020


Bukan sahaja sarung bantal yang perlu diganti dan dibasuh dengan kerap, bantal juga perlu dicuci sekurang-kurangnya setahun sekali.

Ini kerana selama anda memakai bantal anda, banyak kotoran seperti debu dan sel-sel kulit mati akan melekat. Bahkan, bantal juga akan menyerap peluh dan minyak dari kulit tubuh. Jika bantal lembap di bahagian dalam, bantal akan ditumbuhi bakteria.

Jom ikuti tip mudah yang ingin dikongsi.

Sebelum membersihkan bantal, ikuti langkah ini terlebih dahulu.

1. Periksa keadaan bantal terlebih dahulu dengan meratakan bantal isi dalamnya. Kemudian, lipat bantal menjadi dua bahagian dan lepaskan.

2. Jika bantal kembali ke bentuk asal, ini bererti keadaannya masih elok. Jika tetap terlipat, anda perlu menggantikan lain.

3. Pastikan jenis isi dalam bantal anda. Bahan yang berbeza-beza seperti kekabu, kapas atau silikon. Ia memerlukan cara membasuh yang berbeza.

4. Periksa cara membasuh yang terdapat pada label di bantal anda. Setiap bantal fabrik akan mempunyai kaedah tersendiri bagaimana untuk mencuci mengikut kesesuaian bahan bantal tersebut.

5. Pastikan tiada lubang pada bantal anda untuk mengelakkan isi bantal terburai sewaktu dicuci. Jika ada lubang, tampal atau jahit terlebih dahulu sebelum dicuci.

Kemudian anda boleh mencuci bantal anda, sama ada menggunakan mesin basuh ataupun cuci guna tangan. Jika cuci menggunakan mesin basuh, pastikan ianya cukup besar sehingga bantal boleh terendam sepenuhnya.

Gunakan sabun pencuci cair yang ringan dan tidak terlalu banyak. Gunakan air panas, ia boleh membantu membunuh bakteria yang ada.

Setelah bantal dicuci, cara mengeringkan bantal juga anda perlu tahu.

1. Perah bantal dengan cara menekannya. Jangan perah dengan memusingkan bantal kerana risau akan mengubah bentuk asalnya.

2. Jika anda menggunakan pengering, keringkan dengan angin-angin sahaja.

3. Jemur bantal.

4. Pastikan bantal kering dengan sempurna baik bahagian luar dan dalam. Bantal yang masih basah dan lembap akan membuatkan bakteria membiak di dalam bantal.

Selepas ini, jangan hanya mencuci sarungnya sahaja, cuba kaedah ini untuk membersihkan sekali bantal demi menjaga kebersihan dan secara tidak langsung, kesihatan keluarga juga terjamin kerana terhindar daripada kotoran habuk yang tidak diingini.

Sumber: Sinar Plus