Petua Hilangkan Bau Najis Kucing


H. | 07-04-2020


Bagi sesetengah orang agak sensitif dengan bau najis kucing tapi masih mahu membela kucing kerana sayangkan haiwan tersebut.

Jadi, bagaimana nak hilangkan bau tidak menyenangkan itu?

Menurut perkongsian di Facebook miliknya Norliza Hani atau lebih dikenali sebagai Mueeza Hani d laman sosial itu, pemilik kucing boleh menggunakan arang sebagai salah satu alternatif bagi menghilangkan bau najis kucing yang agak kuat itu.

Arang dikatakan memiliki fungsi penyerapan yang sangat luar biasa iaitu dapat menyerap pelabagai jenis kuman dan juga bakteria yang menyebabkan bau busuk di udara.

Caranya mudah! Sediakan bekas dengan saiz yang bersesuaian untuk dimuatkan dengan beberapa ketul arang (kayu) dan tebuk permukaan atas bekas tersebut supaya bau arang itu dapat keluar.

Kemudian, letakkan sahaja bekas tersebut di sebelah sangkar kucing atau berhampiran dengan bekas pasir najis kucing (litter box). Mudah bukan?

Namun, cara mudah itu juga tak mungkin berhasil jika anda malas untuk membersihkan litter box dan kawasan tempat tinggal kucing anda. So, jangan malas! Selamat mencuba!