Tip Mudah Halau Lipas Dalam Kereta


H | 05-07-2019


Kepada mereka yang suka makan di dalam kereta, pasti pernah berdepan masalah lipan yang membiak di dalam kereta. Pasti menjadi mimpi ngeri jika keadaan ini gagal dikawal.

Kehadiran serangga seperti lipas dalam kenderaan memang sukar untuk dihapuskan. Jadi, bagaimana caranya mahu menghalau serangga daripada bersarang dalam kereta?

Cuba anda gunakan kepingan kulit lemon dan juga minyak pudina atau peppermint, mana tahu ia berkesan.

Pertama sekali, cuba lap bahagian tersembunyi atau ceruk-ceruk di bawah bonet atau but kereta setiap kali selepas hujan atau mencuci kereta.

Kemudian, sapu minyak pudina di sekitar cermin sisi kereta untuk mencegah lipas atau labah-labah daripada memasuki kereta.

Kepingan kulit lemon pula boleh diselitkan pada saluran penghawa dingin. Ia bukan sahaja mampu menghalau serangga, bahkan kereta anda juga berbau harum!

Selamat mencuba!