5 lokasi AWESOME di Sabah dan Sarawak yang ramai tak tahu





Selain Kundasang, Kuching dan Kota Kinabalu yang merupakan lokasi terkenal, ada banyak tempat lain yang cukup berbaloi untuk anda kunjungi.

NEGERI Sabah dan Sarawak sememangnya terkenal dengan pelbagai lokasi menarik yang cukup berbaloi untuk dikunjungi. Selain Kundasang, Kuching dan Kota Kinabalu yang merupakan lokasi terkenal, ada banyak tempat lain yang cukup berbaloi untuk anda kunjungi. Antaranya, 5 lokasi ini.

#1 Taman Negara Bako



Taman Negara tertua di Sarawak yang terletak lebih kurang 37km dari bandar Kuching. Untuk ke sini perlu menaiki bot dari Kampung Bako. Ada 16 laluan untuk diterokai yang setiap satunya memberi pengalaman berbeza. Babi hutan, monyet probosic, ratusan spesies burung, air terjun, pantai, bukit, pelbagai spesies tumbuhan dan pemandangan tanjung tunggul berbatu menakjubkan menanti anda.

 

#2 Tusan Cliff, Miri

Batu tebing berbentuk seperti kepala kuda sedang minum air yang hanya dapat dilihat dengan jelas ketika air surut. Terletak di Pantai Tusan Bekenu atau dikenali sebagai Pantai Biru kerana airnya akan bertukar kepada warna biru pada waktu-waktu tertentu disebabkan kehadiran obor-obor. Inilah lokasi terbaik di Miri untuk anda yang ingin melihat panorama matahari terbenam yang awesome!


#3 Tanjung Simpang Mengayau, Kudat


3 jam lebih masa diambil dari Kota Kinabalu untuk sampai ke lokasi yang dikenali sebagai Tip of Borneo atau Tanduk Negeri Sabah ini. Lokasi ini terletak di Kudat dan untuk sampai ke tempat ini, anda akan lalui jalan satu lorong yang sunyi. Tetapi setelah tiba di kawasan ini, segala penat lelah hilang. Inilah lokasi pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu dan jika bernasib baik boleh lihat pertembungan antara dua laut ini. Memang cantik!

#4 Pulau Bohey Dulang, Semporna

 

Pulau ini juga dikenali dan dipanggil Pulau Bohaydulong atau Pulau Bohidulong. Untuk ke sini, anda mengambil masa perjalanan dari bandar Semporna lebih kurang 30 minit menaiki bot. 

 


#5 Pelompung Melangkap, Kota Belud


Kredit: Pelompung Melangkap/Facebook

Polumpung Melangkap Camp Site menjadi tarikan disebabkan oleh keindahan alam semulajadinya. Lokasi ini terletak di Kampung Melangkap Baru, kira-kira 29km dari pekan Kota Belud. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan, selain selfie, anda boleh berenang dan berkhemah di sini.

Jika sebelum ini sebut tentang Sabah dan Sarawak ramai membayangkan jaringan jalan rayanya yang kecil dan sesetengah tempat agak sukar ditujui dengan kenderaan. Itulah cabaran yang terpaksa dilalui penduduk di sana. Dari pekan terhampir ke kawasan perkampungan mengambil masa berjam-jam, dan tentunya melelahkan.

Tetapi kesukaran ini akan berakhir selepas Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan kampung nelayan di Semantan, Kuching dan berakhir di Tawau siap pada tahun 2023 nanti. Kemudahan jalan raya yang menghubungkan Sabah dan Sarawak ini bukan sahaja bakal memacu industri pelancongan di kedua-dua negara tetapi memberi keselesaan dan memastikan keselamatan penduduk Sabah dan Sarawak seramai 3.74 juta lebih terjamin. Ekonomi kedua-dua negara juga dapat dipertingkatkan dengan adanya kemudahan ini. 

Lebuhraya sepanjang 2,325km ini, tiga kali lebih panjang daripada lebuhraya terpanjang di Malaysia hari ini iaitu Lebuhraya Utara Selatan yang menghubungkan Bukit Kayu Hitam dan Johor Bahru. Lebuhraya dua hala, empat lane dengan anggaran kos pembinaan RM29 bilion ini boleh dilalui pada kelajuan 100km/j secara percuma.  

 

Travelog OKU di Borneo : Sabah & Sarawak

Siapa yang ingin bercita-cita untuk mengembara ke Sabah & Sarawak, ini adalah buku yang sesuai untuk korang hadam! Bukan setakat pekongsian tips-tips dan trivia, tapi korang akan pelajari sesuatu tentang travelog ni. Kau akan pelajari kecekalan dari seorang traveller tegar, berani tanggung risiko dan cekap membuat plan baru sekiranya plan asal tidak menjadi. Tidak semua traveller ada kelebihan seperti itu.

Pengembaraan pada kali ini agak unik sekali di mana dua orang daripadanya adalah golongan OKU (jumlah sebenar adalah tiga orang : seorang lagi normal) Pernah terfikir kenapa penulis, Riduan A. Dullah mengambil risiko yang besar untuk mengembara bersama dua orang OKU yang dia sendiri tahu mungkin akan timbul beberapa masalah. 

Buku ini merupakan buku pertama di Malaysia yang menceritakan tentang travelog OKU. Sebelum perjalanan mereka bermula, beberapa badan kebajikan dan sumbangan orang ramai turut menjayakan travelog ini. Ini bukan travelog backpacker yang sedia ada, tapi backpackers yang penuh penyesalan! Sebab apa menyesal? Korang kena khatam dulu buku ni.

 

 

 

BUKU BERKAITAN