Semua orang suka murah tapi berbaloi atau tidak? Tips Backpacking Yang Perlu Diambil Serius!



Backpacking
Backpacking


Memang tengah trend sekarang bila semua orang berlumba-lumba nak jadi Backpacker. Menjadi backpackers sesuatu kebanggaan bila seseorang tu berjaya merentasi satu-satu negara dengan bajet yang paling murah. Tapi, adakah dengan bajet murah itu berbaloi?

Jadi di sini, Azlan Andi merupakan penulis buku Biniku Ninja ingin berkongsikan tips-tips Backpacking.

1. Jarak perjalanan bukan pengukur hebat seorang backpackers.

Ramai orang mengaku suka travel tapi apa yang membezakan setiap orang adalah apa yang dia dapat dari setiap trip yang dia pergi. Contohnya pengalaman Saba ke Paris jauh berbeza dengan pengalaman aku ke Paris. Ada orang melihat Paris sebagai kota fesyen dan romantis tetapi ada juga yang melihat Paris dari persepsi sosial dan seni. Jadi jangan perlekeh orang yang bercerita tentang pengalaman travel dia walaupun dalam Malaysia saja. Kita tak tahu pengalaman yang dia dapat mungkin lebih berharga dari kita yang merantau hingga ke luar negara.

2. Bijak memilih isi dalam backpack

Keperluan travel bagi setiap orang adalah berbeza. Setiap kali travel bag aku lagi kecil dari bag Saba, bahkan Saba lagi selesa bergerak dengan bag trolinya. Tetapi ini tidak bermakna aku lagi hebat dari Saba. Relevannya beg kecil untuk backpackers adalah kemudahan untuk bergerak, sebab dah namanya backpackers mestilah kena banyak bergerak. Lagi-lagi bila ke tempat yang banyak tangga seperti Venice, jadi membawa barangan yang banyak adalah tidak sesuai dan memenatkan. Namun begitu, seperti yang aku bagitahu tadi keperluan travel setiap orang berbeza. Ada je backpackers otai bawa beg besar, sebab nak isi kit kamera dia, letak kemah dan sebagainya. Paling penting ialah seni menyusun barang keperluan.

3. Bandingkan itinerary dengan orang yang pernah pergi ke tempat yang ingin kita tuju

 Itinerary adalah istilah untuk rancangan perjalanan (travel plan) bertulis yang dibuat dalam format jadual atau pun bullet point. Travel pada masa sekarang adalah sangat mudah terutama sekali bila destinasi yang dituju adalah tempat tumpuan pelancong. Mudah untuk mendapatkan itinerary secara online, salah satu cara paling mudah Google ‘itinerary (destinasi)’ dan klik di bahagian images dan kita akan jumpa banyak perkongsian itinerary secara percuma: Selain daripada Google, kita boleh juga mendapatkan itinerary melalui group backpackers di media sosial. Sebagai contoh di Facebook, saya selalu merujuk group Backpackers Buddies Malaysia. Bila dah join group tu, taip di bahagian search, destinasi yang hendak dituju, klik Enter dan segala post berkaitan akan keluar: Sekiranya tak tahu nak ke mana, boleh je klik di bahagian files dan pilih itinerary paling sesuai dengan minat dan budget masing-masing: Dalam itinerary biasanya disediakan sekali budget keseluruhan trip tersebut jadi mudahlah untuk kita membuat anggaran kos dan rancang perjalanan sebelum travel.

4. Semua orang suka murah tapi berbaloi atau tidak?

Perkara ini seringkali berlaku dalam post-post di dalam group backpackers di media sosial. Ada yang berbangga dapat menyediakan itinerary termurah untuk trip-trip yang mereka pergi. Itu adalah sesuatu yang bagus dan sangat membantu traveller lain tetapi murah tidak semestinya relevan untuk semua orang. Terutama sekali untuk mereka yang jarang berpeluang travel. Maksudnya, bagi kebanyakan orang bukan selalu dapat ke negara yang kita nak travel tu, mungkin seumur hidup dapat jejak sekali pun dah cukup dah. Jadi alang-alang dah ke sana sebaiknya explore puas-puas tempat tersebut, itu jelah peluang yang ada. Invest sikit untuk pengalaman itu tak mengapa, Perasaan takut rugi kalau buat hanya sementara, tapi perasaan menyesal bila tak buat itu selamanya.

KISAH BINIKU NINJA

Ramai orang kata Biniku Ninja adalah sebuah kisah novel cinta. Tapi mereka silap! Ia merupakan catatan perkenalan dan perjalanan bagi pasangan ini, Azlan Andi dan Sabatini di United Kingdom. Mereka hanya pernah sekali berjumpa, berkenalan selama tiga minggu dan terus nikah! Hebatnya perancangan dari-Nya. Apa yang menariknya pasangan ini mengembara ke setiap negara dan diselitkan beberapa tips dan panduan backpacker.

Buku Biniku Ninja juga berjaya dilamar oleh Aanomalous Films untuk dijadikan adaptasi drama. Pengarahnya Syed Fariz berkata, karya kisah benar mereka sangat menarik perhatian mereka dan popular sehingga ke Indonesia.

Biniku Ninja ditayangan sebanyak 20 episod dan menjalani penggambaran di Eropah selama 45 hari yang melibatkan tiga buah negara iaitu Perancis, Belgium dan Belanda. Watak Azlan Andi dilakonkan oleh Ungku Hariz manakala watak Sabatini dilakonkan oleh Jihan Muse.

Nak tahu lebih lanjut kisah ini, jom dapatkan buku Biniku Ninja untuk dapatkan banyak tips mengembara dari pasangan ini.

BUKU BERKAITAN