Sebab Kenapa Kita Rasa Nak Menguap Bila Lihat Orang Lain Menguap


Menguap berpunca daripada saluran darah dalam badan manusia yang kekurangan oksigen. Otot-otot di muka akan berubah dan menyebabkan kita menutup mata ketika menguap. Oleh sebab itu, air mata terkeluar kerana otot-otot muka menekan kelenjar air mata.

Menguap adalah tingkah laku instinktif (naluri) di mana telah wujud ketika dalam perut ibu lagi. Percaya atau tidak, apabila seseorang yang berada di dalam 1 kumpulan itu menguap, boleh dikatakan sebahagian daripada ahli kumpulan yang lain akan turut menguap dalam tempoh 5 minit.

Robert Provine, Professor Psikologi & Neurosains, University of Maryland

 

Kajian yang dijalankan di Eropah, Amerika Utara, Asia & Afrika mendapati tabiat menguap mempunyai kesan berantai boleh menyebabkan orang lain juga menguap merupakan faktor emosi & kedekatan individu.

Ketika menguap, otak memproses informasi disalurkan untuk menganalisis & meniru gaya orang lain. Proses ini dikenali sebagai ‘mirror-neuron system’ yang mengandungi sel otak aktif membuatkan kita meniru gaya dan aksi orang lain ketika melihat mereka. Selain itu, jangkitan menguap dapat membantu kita berkomunikasi melalui ‘level of alertness’ kepada orang lain.

Menguap bertujuan untuk mengawal suhu otak di mana regangan yang berlaku di sekitar rahang meningkatkan aliran darah di leher, muka & kepala ketika menguap. Menarik nafas ketika menguap akan menggerakkan cairan tulang belakang & darah dari otak ke bawah. Kajian ini menjelaskan seseorang itu keletihan dan mengantuk akan mengakibatkan kenaikan suhu otak sehingga tubuh secara reflex akan bertindakbalas menggerakkan saraf-saraf otak sehingga menyebabkan menguap berkali-kali untuk menyejukkan suhu otak.Dr. Andrew C. Gallup & kumpulan penyelidikannya dari State University of New York

Fakta Menarik Mengenai Menguap

  • Menguap biasanya mengambil masa selama 6 saat
  • Kadar degupan jantung meningkat sehingga 30%
  • Manusia menguap seawall umur 11 minggu (semasa dalam kandungan ibu)
  • 55% akan menguap apabila melihat orang lain menguap
  • Membaca atau berfikir tentang menguap akan membuatkan seseorang itu menguap

Oh ya! Sudah berapa kalikah anda menguap sepanjang membaca artikel ini?

 

Sumber : The Vocket