Kenapa Vitamin C tidak boleh merawat jangkitan dari virus?


SY | 27-03-2020


Kenapa Vitamin C tidak boleh merawat jangkitan dari virus?

1. Tugas Vitamin C BUKAN untuk melawan

Tugas vitamin C bukan untuk melawan virus tapi sebagai SUPPORT kepada immuniti badan untuk melawan virus dari segi transport,dari segi pembentukan/kekuatan sel yang lawan kuman iaitu neutrophil (phagocytic cell) tapi BUKAN sebagai agen yang melawan secara langsung virus dan kuman lain
Itu adalah tugas immun badan yang khas seperti IgA

Seperti jaket kalis peluru kepada polis tapi yang melawan orang jahat adalah polis itu sendiri bukan jaket peluru

2. Komposisi Vitamin C BUKAN untuk melawan
Vit C dikategori sebagai supplement bukan sebagai ubat itu ada sebab.
Ia bukan sesuatu yang hidup..maksud saya tiada tugasan fizikal..boleh diserap dan didapati dari makan tak perlu diwujudkan/dibina oleh badan seperti sel putih,sel darah merah yang ada jangka hayat.
Vit C dapat dari makanan,badan ambil yang diperlukan lepas tu lebih dibuang.
Mengikut kajian badan hanya perlu maximum 2g sahaja..lain akan dibuang.
Jika ambil megadose..kencing hanya jadi mahal.

3. Tiada istilah 'HEALING CRISIS' untuk vitamin C sebab ia adalah SUPPLEMENT BUKAN UBAT
Vit C tidak merawat...
Ia adalah micronutrient..
Diperlukan dalam kuantiti yang sikit oleh badan..
Kajian masih belum menunjukkan kejayaan untuk merawat sebarang penyakit dengan menggunakan vitamin C sahaja...result adalah tidak konsisten dan selalu perlu diiringi rawatan lain.
.
.
Perlu faham tugas Vitamin C tu apa
.
Ia sesuatu zat yang sangat penting untuk support pelbagai function badan tapi BUKAN sebagai sistem pertahanan itu sendiri
Ia tidak boleh mengenalpasti mana pihak musuh dalam badan
Ia tidak boleh attack/melawan mana pihak musuh dalam badan

Tahukah megadose yang banyak diwawarkan sebenarnya mengambil keperluan vitamin c kambing sebagai reference mereka?
Kita adalah manusia...bukan kambing
Badan berbeza, akal ada,penyakit semua berbeza..

Please nak ambil vitamin c sebagai langkah keselamatan boleh bukan sebagai rawatan dan ikut dos max 1g (1000mg) sehari tak perlu beribu riban ye..
Membazir sahaja..
Membazir amalan siapa???

Sekian
Dietitian Fizah
Medical Mythbuster Malaysia