COVID-19 - Cara-Cara Mencuci Telefon Bimbit


H. | 02-04-2020


Memetik laporan dari Daily Mail, pegawai perubatan menerusi satu siaran rancangan Good Morning America menyarankan orang ramai mencuci telefon pintar mereka sekerap mungkin ketika penularan virus Covid-19 semakin serius.

Rancangan itu juga kini menjadi pusat kawalan koronavirus untuk pakar menjawab soalan penonton.

Menurut seorang daripada pakar tersebut, telefon pintar boleh membawa ribuan kuman pada satu-satu masa yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

“Sekerap mana anda mencuci tangan, begitu juga yang perlu dilakukan kepada telefon pintar.

“Jadi, orang ramai dinasihatkan mengelap telefon pintar mereka dengan tisu beralkohol bagi membunuh sekurang-kurangnya 99 peratus bakteria yang ada,” katanya.

Berikut dikongsikan langkah-langkah dan cara-cara yang perlu diberi perhatian ketika mencuci atau sanitize telefon pintar anda:

  1. Jangan sembur cecair pembersih secara langsung ke telefon atau mencelupnya dalam larutan pembersih. Perbutan tersebut sudah pastinya mampu merosakkan telefon pintar anda
  2. Sebaliknya langkah pertama yang perlu di ambil adalah dengan mematikan telefon terlebih dulu dan jangan sambungkan kepada alat pengecas.
  3. Tisu basah dengan kandungan 70 peratus alkohol sangat sesuai digunakan untuk membersihkan telefon atau gajet yang lain.
  4. Perah tisu basah terlebih dahulu bagi membuang cecair lebihan sebelum digunakan pada telefon anda.
  5. Bersihkan dengan lembut dan jangan tekan tisu basah pada telefon. Anda juga boleh menggunakan tuala kecil sebagai pengganti tisu.

Mungkin bagi sesetengah orang ia nampak remeh tetapi jangan sesekali ambil mudah memandangkan wabak Covid-19 ini sememang harus dicegah seawal mungkin.

Ingat, malang itu tidak berbau! Mencegah lebih baik daripada mengubati!

Sumber: Sinar Plus